JIN MASUK MAHKAMAH
ARAB SAUDI: Merasa terganggu oleh kerenah jin yang menghuni rumah mereka, sebuah keluarga di Arab Saudi mendakwa jin ke mahkamah. Jin dituduh telah mengancam kehidupan mereka dengan sering membaling batu ke arah ahli keluarga dan mencuri telefon bimbit milik keluarga itu.
Seperti dilaporkan oleh media tempatan Al Watan, keluarga yang sudah menghuni rumah itu selama 15 tahun di Kota Madinah, akhirnya pindah setelah menyedari bahawa ada jin di rumah tersebut.
Ketua keluarga yang tidak mahu disebutkan namanya ini mengatakan pada awalnya mereka mula mendengar suara-suara aneh yang tidak terlalu dianggap serius. Namun lama kelamaan semakin banyak perkara aneh terjadi dan anak-anak mereka mula ketakutan ketika si jin membaling batu. Jin wanita dan jin lelaki malah bercakap dan meminta keluarga ini untuk pergi dari rumah tersebut.
Kes ini sedang dibicarakan di mahkamah tempatan yang sehingga kini masih mengesahkan kebenaran tuduhan tersebut.
Entah bagaimana cara mereka melakukan pengesahan dan bagaimana nantinya mengadili jin yang jadi terdakwa. Persoalan sekarang siapa yang akan jadi hakim haha.
2 comments
kalau jin tu kalah, dapat duit jin la nanti...he he...tak masuk akal. suruh jin tu keluar dah la kot.
BalasPadamSage Support Phone Number
BalasPadamSage 50 Tech Support Phone Number
Sage 50 Support Number
Sage 50 Technical Support Phone Number
Sage 50 Tech Support Number
Sage 50 Technical Support Phone Number
Sage 50 Technical Support Number
Sage 50 Customer Support Phone Number
Sage 50 Customer Service Number